Topik diikuti
Pergi ke BHkuMerah Saga di Bukit Merah
Premium
Merah Saga di Bukit Merah
Merah Saga di Bukit Merah
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jul 24, 2017 | 5:30 AM
BIJI saga jatuh bertaburan di tepian jalan di Lengkok Bahru. Aku teringat pernah berjalan di lorong kecil dan pendek ini bersama Amran yang kami panggil Saga. Nama julukan sempena watak Panglima Saga yang dilakonkannya semasa pementasan drama purba zaman persekolahan dulu.
Terngiang-ngiang ingatanku melewati lorong ini kurang lebih 35 tahun yang lalu. Apabila terlihat Sekolah Menengah Bukit Merah, memoriku menjadi semakin jelas menerobos ke zaman yang sungguh retro.
