Topik diikuti
Pergi ke BHkuBuku 'Lepiong dan Cepiong Mencari Makan' bawa si cilik jelajah S'pura
Pemenang Anugerah Guru Bahasa Melayu Cemerlang pada 2021 hasilkan buku sulung
Feb 20, 2023 | 5:30 AM
Buku 'Lepiong dan Cepiong Mencari Makan' bawa si cilik jelajah S'pura
MELIHAT tajuk buku kanak-kanak ini, pasti ada yang mendapatinya agak lucu atau janggal.
Berjudul Lepiong dan Cepiong Mencari Makan, buku tulisan Encik Shahril Samri ini mengisahkan tentang sepasang adik-beradik bernama Lepiong dan Cepiong yang sedang meneroka Singapura untuk mencari makanan dan minuman yang menarik.
