Topik diikuti
Pergi ke BHkuMakcikbawang.com
Premium
Makcikbawang.com
Makcikbawang.com
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Dec 2, 2018 | 5:30 AM
Dari sebalik tembok konkrit di kolong sebuah blok, Mak Aya menghendap perlahan. Baju kurung labuh hijau bercorak bunga raya sudah mirip pakaian seragam soldadu di hutan belantara. Tudung coklat yang diikat kemas di kepala bagai topi keledar perisai peluru pula.
Mak Aya memperkemaskan kedudukannya. Berbongkok rendah mengacukan kamera telefon bimbit berdefinisi tinggi ke arah sasarannya, aksi Mak Aya tidak tumpah seperti penyerang hendap di mana-mana medan pertempuran. Sebelah matanya dikecilkan, dikenyitkan sepet sehingga terangkat hujung bibir bergincunya. Menaring mengerang kejanggalan. Lucu.
